Hari ini Lim Kit Siang ada menulis di dalam blognya dan mempersoalkan tindakan saya yang hanya menyiarkan kenyataan akhbar bertajuk, “Jabatan Peguam Negara perlu kekal berkecuali dan bebas daripada campur tangan politik.”
Tulisan saya :
https://www.facebook.com/ChanQuinEr/posts/751839061856291?__tn__=K-R
Tulisan Lim Kit Siang :
https://blog.limkitsiang.com/…/draw-the-line-in-the-sand-c…/
Sekiranya Lim Kit Siang tidak faham tentang perkara serius yang berupaya mencemar integriti dan urus tadbir institusi ini, maka lebih baik beliau mempelajarinya daripada Ahli Parlimen DAP sendiri iaitu Ramkarpal Singh.
Kata Ramkarpal :
“Ini mencerminkan kejahilannya terhadap fakta bahawa Jabatan Peguam Negara sentiasa bebas daripada arahan kerajaan dan sepatutnya tidak berpihak. Ini adalah kesalahan serius dan memalukan terhadap Hanafiah. Beliau harus meletakkan jawatan jika beliau tidak faham ini, (dan) kalau tidak disingkirkan.”
Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/463435
Nampaknya Lim Kit Siang sudah tidak mampu lagi membezakan mana yang betul dan sebaliknya selepas mendapat kuasa.
Atau mungkin ciri-ciri itu tidak pernah ada dalam diri Lim Kit Siang!
———–
If Kit Siang does not understand that this is an important issue that undermines the very integrity of our institutions and good governance, Kit Siang should learn from his own DAP MP Ramkarpal Singh.
It seems that power has corrupted Kit Siang’s ability to differentiate right from wrong.
Or perhaps such a trait was never there in the first place.